Hari ini,
Google secara rasminya
mengumumkan yang mana ianya akan menamatkan
Google Labs daripada mereka, yang mana sekaligus akan menjadikan pelbagai ujian dan
beberapa produk dan perkhidmatan pada fasa eksperimen akan dihentikan
serta merta, dan sebahagiannya akan diintegrasikan pada produk-produk
Google.
Walaubagaimanapun, ianya tidak akan menjejaskan fungsi ujian pada produk sedia ada, seperti
GMail Labs dan juga Google Maps Labs. Ianya juga turut diperkatakan beberapa
produk Google Labs yang disediakan sebagai aplikasi melalui Android
Market akan kekal ditawarkan melalui Android Market.
Dengan mematikan Google Labs, Google dijangka akan membawakan
pelbagai fungsi baru yang menarik untuk para pengguna dengan lebih
pantas lagi, sekaligus membolehkan para pengguna menggunakannya dengan
lebih senang dan bukannya dilabelkan sebagai eksperimen sahaja. Perkara
ini diperkatakan seperti mana yang berlaku pada
Google+,
dimana Google memberikan akses beta tertutup kepada para pengguna,
sambil pada masa yang sama mula memperluaskan pengguna mereka dari
semasa ke semasa.