Aplikasi Google Translate untuk
Android telah pun didatangkan dengan sokongan untuk menterjemaah input
suara, dan kini Google terus menambah fungsi yang dibawakan
bersama-sama dengannya, dimana melalui kemaskini yang
diperkenalkan pada hari ini, ia membawakan sokongan untuk input melalui tulisan pada peranti anda.
Perkara ini mungkin serba sebanyak memudahkan terjemahan untuk
bahasa Cina ataupun Jepun, dimana berbanding daripada menaip secara
satu per satu, ianya lebih mudah untuk ditulis sahaja terus padanya.
Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat eksperimen, dan mungkin
kelak tulisan Jawi ataupun bahasa Arab turut disokong padanya.
Google juga menekankan mereka akan terus memfokuskan dalam matlamat
mereka dalam terus mengurangkan batasan yang dihadapi disebabkan
perbezaan bahasa.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Google Translate untuk Android, terus daripada
Android Market dan mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi disebabkan oleh perbezaan bahasa.