Siri merupakan salah satu
platform yang diperkatakan sejak tahun lepas, namun seperti semua sedia
maklum, ia hanya menyokong bahasa Inggeris dengan beberapa bahasa lain
sahaja buat masa ini. Dan menurut beberapa
laporan, ia memperkatakan sokongan Mandarin bakal diperkenalkan pada Siri dalam tahun ini.
Ia mungkin salah satu strategi untuk memasuki pasaran China oleh
Apple, dan memandangkan para pengguna tempatan ada sebahagian yang
menggunakan bahasa Mandarin dalam pertuturan mereka, ia juga bakal
memberikan kesan positif untuk mereka.
Namun begitu, sokongan untuk bahasa Malaysia masih lagi tidak
diketahui bilakah akan diperkenalkan secara rasmi oleh Apple kepada
pengguna seluruh dunia, dan bilakah sokongan lokasi dan sebagainya akan
diperluaskan kepada pengguna seluruh dunia.
Siri Berbahasa Malaysia (kredit :
Najib Hassan)