Salah satu teknologi baru yang
diperkenalkan oleh Intel pada tahun lepas bersama-sama dengan pihak
Apple adalah Thunderbolt. Dan selain daripada laporan mengatakan Intel
bakal memperkenalkan
Thunderbolt kepada semua pengeluar menjelang April 2012 ini, kini ia
kelihatan Apple telah pun memohon paten dan hak cipta untuk menggunakan Thunderbolt pada peranti iOS mereka.
Melalui permohonan baru mereka itu, ia kelihatan Apple mungkin akan
memperkenalkan sambungan Thunderbolt pada peranti iOS mereka,
membolehkan data dipindahkan dengan lebih pantas antara peranti iOS
seperti iPad, iPhone dan iPod dengan perkakasan dengan Thunderbolt
terbina yang lain.
Apple kini telah pun sedia mempunyai pelbagai peranti dengan
sokongan Thunderbolt terbina, dan perkara ini juga mungkin akan
memberikan tambah nilai kepada peranti iOS mereka yang sedia ada. Namun
begitu, hendaklah diambil tahu yang mana Apple mempunyai pelbagai paten
dan hak cipta yang mana masih lagi tidak digunakan sepenuhnya, dan
mungkin ini merupakan salah satu dibawah senarainya.