Bilangan aplikasi mudah-alih
terus meningkat dari hari ke hari, dan kini Distimo, salah satu
penganalisa berkaitan aplikasi mudah-alih dan yang berkaitan dengannya
mengumumkanyang mana kini Android Market mempunyai lebih daripada 400,000 aplikasi
padanya. Sebelum ini, Google telah mencapai lebih 300,000 aplikasi
menjelang bulan Ogos yang lepas.
Pada masa yang sama, ia turut dilaporkan yang mana hampir 2/3
aplikasi pada Android Market adalah aplikasi percuma, dan angka
aplikasi percuma terus meningkat dari hari ke hari. Pada penghujung
tahun 2011, ia dilaporkan hampir 68% aplikasi yang ditawarkan adalah
aplikasi percuma.
Walaupun pada mulanya, aplikasi yang dibangunkan untuk Android
adalah sedikit berbanding dengan iOS, kini sejak tahun yang lepas,
angka aplikasi yang dibangunkan untuk platform Android bertambah
drastik, dan mungkin akan menyaingi dan melangkaui platform iOS pada
tahun ini.