Salah satu promosi hebat
daripada pihak DiGi adalah tawaran internet tanpa had ketika melawat
beberapa negara pilihan, dimana ia ditetapkan pada kadar RM36, RM46 dan
RM56 sehari bergantung kepada negara. Namun amat mendukacitakan, kerana
ia
dilihat promosi berkenaan akan ditamatkan bermula 29 Februari 2012 untuk semua pelan kelak.
Ianya merupakan salah satu perkhidmatan yang amat berguna kepada
para pengguna DiGi yang ingin ke luar negara, dimana DiGi menjayakan
perkara ini dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi di luar
negara.
Ia tidak diketahui adakah selepas ini DiGi akan memperkenalkan pelan
khas yang baru, ataupun memerlukan para pengguna menggunakan
perkhidmatan
Internet Roaming 38 yang mengenakan caj sebanyak RM38 untuk satu MB.