MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain

Go down 
+4
abang_dahagasusu
ieeexplore
strawhatcrew
scarface
8 posters
AuthorMessage
scarface
SDT The Legend
SDT The Legend
scarface


Posts : 605
Mata Ganjaran : 55636
Reputasi : 7
Join date : 2011-05-05

Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain Empty
PostSubject: Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain   Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain EmptyMon Nov 28, 2011 2:46 am

Pada separuh masa pertama, Malaya jelas menguasai permainan dengan kawalan kemas jentara tengah diterajui Nazmi Faiz Mansur dan Irfan Fazail.

Kemampuan mifield Malaya menyimpan bola dan melaksanakan corak serangan berbahaya akhirnya dibuktikan dengan sentuhan gol rembatan kaki kiri Nazmi dr jarak 30 meter yang menewaskan sama sekali penjaga gawang Bahrain pada minit ke-30.

Pada separuh masa kedua, Malaya cuba mengukuhkan cengkaman menerusi gerakan2 overlapping Mahali Jusoh di flanker kanan Malaya sambil Bahrain menggunakan strategi bermain agresif dan keras utk mengimbangi permainan Malaya.

Atas kerajinan dan kelincahan Mahali Jusoh, sekali lagi gawang Bahrain dibocori dgn lambungan tenang Mahali selepas kesilapan penjaga gol Bahrain yg gagal mendakap kemas bola tinggi.

Selepas insiden itu, Malaya boleh dikatakan hilang fokus sambil Bahrain mempertingkat tempo permainan utk memburu gol. Sepanjang 20 minit itu, pemain2 Bahrain bermain keras yang mengakibatkan 3 org pemain Malaya cedera. Nazmi dan Zack Haikal terpaksa ditukar dgn pemain lain, sambil Irfan Fazail juga cedera tetapi tidak dpt digantikan sebab tiada pemain gantian lagi.

Akibat permainan kasar Bahrain, seorang pemain mereka dilayangkan kad merah selepas menerjah keras Afizi, pemain defensive midfielder Malaya.

Afizi kemudian diusung keluar dan digantikan dengan pemain lain sambil coach Bahrain memasukkan 2 lagi pemain penyerang utk mencari gol.

Akibatnya rentak permainan berubah. Bahrain mula bermaharajalela di bahagian tengah yg ditinggalkan Nazmi Faiz Mansur dan Afizi. Akibatnya, pada minit ke-86, menerusi sepakan gunting dari dalam kotak penalti yg lemah, Khairul Fahmi tertewas mudah menjadikan kedudukan 2 -1.

2 minit kemudian Bahrain mendapat sepakan percuma di luar kotak penalti selepas Fadhli Shas menjatuhkan pemain Bahrain. Sepakan percuma itu diambil dgn bijak dgn rembatan deras menjangkaui benteng dan menerjah sudut kiri gawang Khairul Fahmi Che Mat. Kedudukan menjadi 2 -2.

Akibat hilang foukus, selang seminit kemudian menerusi gerakan serangan balas kilat, Bahrain sekali lagi merobek gawang Malaya juga menerusi pemain penyerang yg baru dibawa masuk. Kesudahannya Malaya tewas 2 - 3 menerusi 3 gol yg dihasilkan dalam 6 minit walaupun Bahrain bermain dengan 10 org sahaja.

Selepas ini Malaya akan bertemu Jepun pula di Bukit Jalil. Namun secara jujur saya katakan, peluang utk Malaya ke Olimpik telah berkubur. Jelas sekali, kecederaan yang membelenggu pemain2 Malaya sejak pulang dari Jakarta menjadi musuh utama Ong Kim Swee untuk merencana kesebelasan terbaik.

2 gol Malaya dijaringkan oleh midfielder dan bek kanan. Ini menunjukkan betapa peranan penyerang Malaya iaitu Thamil Arasu tiada makna. Ong ada pilihan menurunkan Fakri Shaarani tetapi disebabkan prestasi tidak boleh harap yang Fakri ada (bukan reti nak cari gol, pakar cari kad kuning je mamat nie), Ong terpaksa juga turunkan Thamil. Cerita pasti berbeza jika Fariq Izzaq boleh bermain.

Secara keseluruhan, Nazmi adalah man of the match bg Malaya dalam game ini. Kebolehan dia menyimpan bola dan mengumpan dengan kemas kepada winger dan striker menyamai kebolehan Azizul Abu Hanifah. Karisma sebegini amat penting di tengah padang dan Malaya sudah kukuh di situ, cuma tinggal lagi kita perlu mencari pemain2 penyerang yang betul2 efektif mencetak gol selain mencari back four yang tidak mudah goyah bila diasak.

Itu sahaja laporan saya, Fifi Fairus Fuyyo dari Stadium Nasional Bukit Jalil.

Majulah Sukan utk Negara!!
Back to top Go down
strawhatcrew
SDT The Legend
SDT The Legend
strawhatcrew


Posts : 897
Mata Ganjaran : 5792
Reputasi : 6
Join date : 2011-07-19
Location : in your room

Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain Empty
PostSubject: Re: Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain   Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain EmptyMon Nov 28, 2011 3:11 am

miracle of
bukit jalil la.. dlm 10 minit terakhir leh wat comeback score 3 bijik
gol dgn 10 pemain ats pdg..

ni amateur nak bagi analisis sikit.. kalo salah tlg betul kan..

gol 1st- superb gol dari nazmi pada minit ke 30.. gol cubaan jarah jauh!! padu!!

gol 2nd- kesilapan penjaga gol bahrain.. terlepas bola dlm kotak
penalti.. mahali bijak amek peluang dgn merembat deras di minit 69

gol 3rd- gol dari isa ahmad minit ke 80.. bicyle kick!! cantek gol dia..
sebenarnya kfcm leh tgkp.. tp apa yg ko ngelamun hah!! salah apek x dpt
jangka bola leh masuk

gol 4th- superb freekick!! saad al amir skor ke 85.. x leh nak wat ape.. apek dah try save

final gol- gol hasil counter attack dari isa ahmad lagi minit 86!! salah defender x mark mamat ni..

first half malaysia main baik.. berbalas2 serangan.. miflied nazmi ngn
irfan n afizie dpt kontrol ngn baik.. wan zack x brapa fit.. prestasi x
mcm biasa.. baru pulih dr cedera la kot..
2nd half dah agak kelam kabut bila nazmi kuar dan irfan plak nmpk
injured.. midfield yg ganti x dpt kontrol.. dan hasil nya kubu malaysia
asik di serang bertubi2.. defend dah penat, ilang fokus.. dan terjadi
lah keputsan yg menakjubkan.. zzz

kfcm= agak mengelamun di minit2 terakhir
mahali, zubir= mantap byk wat overlapping tp mungkin kerana faktor penat lmbt turun bwh
amer saidin, fadhli shas= gandingan yg mantap tp leka di minit2 terakhir
irfan fazail= prestasi x menunjukkan taraf sebenar pemain yg diimport
kelab fc vion tp masih dpt kawal midfield dgn baik.. last minit aku
perasan dia injured
nazmi faiz: new wonderkid.. bermain bagus di posisi playmaker/AM.. byk
naik dan turun ke bwh bantu defend n attack..tp tahap kecergasan di
ragui.. aku x pernah tgk mamat ni main 90 minit.. slalu kena sub je
emm..
affizie faisal mahat: ganti nazmi men DM.. menyumbang kad merah kat bahrain tp injured gak.. x nmpk sgt dia main x leh nak komen
fandhi othman: x menyerlah sgt.. crossing dia byk kali di patahkan defend bahrain
wan zack haikal: x menyerlah jgak.. mungkin baru baik dari cedera.. masih x fit sepenuh nya..
tamil aishiteru: malas nak komen dah.. x layak jadik lone striker.. kawalan bola hancus

sub:
syahrul azwari: masuk ganti wan zack akhir 1st half.. byk cubaan dari dia di patah kan defend bahrain
abd shukor jusoh: masuk ganti affifi.. tp x dpt kwl midfield dgn baik
ferris daniel: masuk ganti nazmi.. x dpt kawal midfield dgn baik jgak..

overall:
defend: bagus bertahan tp minit2 terakhir sbb kelekaan melepaskan 3 gol penting
midfield: 1st half hidup tp bila masuk 2nd half lepas nazmi kuar n irfan nmpk injured hancor
striker: byk cubaan dari syahrul dan wan zack tp x menjadi.. tamil? zz men defend ke apa..

man of the match team malaysia
mahali jasuli- good defend.. byk wat overlap serang kubu lawan.. jaring gol kedua malaysia..

man of the match
isa ahmad- laju mamat ni.. jaring 2 gol penting bahrain minit2 akhir..

kesilapan percaturan oks patut dah leading 2 gol masukkan player
bertahan.. gary n guru x boleh x pe.. back lain ada kan? di sebab kan
percaturan ni kita ghairah memburu lagi 1 gol.. kalo korang perasan time
kita lwn thailand sea games aritu.. pemain thailand tinggal 10 oks
masukkan fakri n izzaq n membuahkan 1 gol.. tp tu di situasi kita masih
seri n perlukan gol.. tp ni kita hanya perlu pertahankan gol.. coach
bahrain lak aku nmpk strategi dia patah kan midfield kita.. yess
patahkan kaki midfield kita.. wanzack dah kena first, pastu afizie,
pastu nazmi n then irfan.. midfield mati tinggal defend je.. defend lak
kena asak bertubi2.. mmg membuahkan hasil dpt 3 gol dlm masa x kurang 5
minit..

aku amat berpuas ati ngn game ni.. mmg menghiburkan.. x sia2 aku g
stadium.. tp last minit gol tu yg adeh malas nak taip lagi hancorrrrrrr
hati ku.. apa lah yg korang wat tu defender ek.. aku punye la fokus tgk
korang main.. korang lak x fokus main ats padang..

ni post yg aku buat kat forum HMC.. hehe..
Back to top Go down
http://www.justusboys.com/forum/
ieeexplore
SDT The Legend
SDT The Legend
ieeexplore


Posts : 448
Mata Ganjaran : 5978
Reputasi : 4
Join date : 2011-05-24
Location : Seri Kembangan

Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain Empty
PostSubject: Re: Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain   Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain EmptyMon Nov 28, 2011 4:40 am

termenung jap smlm tgk gol ke-2 n ke-3 Bahrain...
Back to top Go down
scarface
SDT The Legend
SDT The Legend
scarface


Posts : 605
Mata Ganjaran : 55636
Reputasi : 7
Join date : 2011-05-05

Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain Empty
PostSubject: Re: Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain   Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain EmptyMon Nov 28, 2011 6:03 am

Di sini gua ingin menyarankan sesuatu buat Ong Kim Swee. Sepatutnya wa sarankan masa tewas dgn Jepun dahulu. Tetapi disebabkan rentetan kekalahan ini, wa kena sebut sekarang sebagai memberi buah fikiran kpd Ong.

1. Arm band (title Kapten) diberi kepada pemain yang berpengaruh dan disegani pemain2 lain di atas padang. Justeru, saya mempersoal mengapa Ong memberi arm band kepada KFCM. Ini kerana berdasarkan sains bola sepak moden, kapten sewajarnya adalah pemain yang boleh memberi impak kepada barisan pertahanan, midfield dan penyerang. Dengan kata lain, dia mampu bergerak ke mana2 posisi utk memberi panduan/teguran di kala diperlukan. Maka semestinya, kapten diberi kepada pemain yang berkarisma yang mengisi mana2 posisi samada di barisan pertahanan, midfield mahupun serangan. Ini mungkin kedengaran agak remeh, namun kesannya besar. Seorang penjaga gol berautoriti utk merencana bagaimana utk menghadapi sepakan sudut dan sepakan percuma pihak lawan. Namun penjaga gol sukar utk berlari ke posisi serangan atau midfield bg menenangkan/menegur/memotivasi rakan di saat2 genting.

Saya melihat Mahali Jusoh lebih sesuai diberi arm band itu.

2. Formasi yang Ong pilih sudah tepat. Cuma pemilihan Thamil Arasu sebagai lone striker dan targetman agak kurang menjadi. Kalau letak Fakri pun sama hampeh gak. Sepatutnya utk meletak pemain sebagai targetman, pemain itu MESTILAH mempunyai kebolehan menggelecek/menyimpan bola, ada skill mengumpan kpd rakan dgn tepat, punya larian deras dan ada instinct merembat ke pintu gol bila berpeluang. Thamil dan Fakri takde kualiti ini. Fariq Izzaq boleh bermain sebagai targetman dan lone striker. Persoalannya, mengapa coach Ong ambik pilih Thamil dan Fakri di awal2 peringkat pemilihan dulu. Menjadi striker bukan sekadar skill, tetapi juga bakat semulajadi. Tentu ramai pilihan sewaktu peringkat awal pemilihan dahulu. Pilih yang berbakat dan punya 'killer instinct'. Skill bermain boleh dibentuk, tetapi bakat semulajadi itulah yang perlu coach perhati.

3. Saya juga ingin Ong bertindak lebih kepada mencabar pemain sekiranya mereka gagal mengikut arahan2 semasa di tengah padang dan bukannya selalu mem'backing' pemain walaupun mereka membuat kesilapan mudah.

4. Saya juga ingin menegur para wartawan sukan negara yang agak cetek pemikiran sehingga tega melancarkan perang saraf dgn mencanangkan betapa Ong Kim Swee sudah layak utk menggantikan K. Rajagobal sebagai coach team senior. Bg saya, kedua2 coach ini mempunyai sususan taktikal masing2. Kemenangan di Jakarta bukan kayu pengukur mudah utk menggantikan coach serta-merta. Ong Kim Swee telah melatih skuad U23 bertahun2. Maka barang sudah tentu dia lebih mengenali pemain yang menjadi seleksinya. Begitu juga dgn K. Rajagobal dgn team Harimau Malaya senior.

Justeru, sy minta wartawan sukan negara agar lebih matang dlm mengulas perkara sebegini kerana ulasan berbaur sentimen sedemikian hanya akan merugikan bola sepak negara. Kita tidak mahu wujud team A dan B dalam persaingan siapa lebih layak menerajui team Harimau Malaya. Kita mahu semua bekerjasama menyumbang buah fikiran dalan merencana strategi jangka pendek dan panjang demi kegemilangan berterusan bola sepak negara.

Sekian.

MAJULAH SUKAN UTK NEGARA
Back to top Go down
abang_dahagasusu
SDT The Legend
SDT The Legend
abang_dahagasusu


Posts : 354
Mata Ganjaran : 5839
Reputasi : 3
Join date : 2011-05-03

Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain Empty
PostSubject: Re: Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain   Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain EmptyMon Nov 28, 2011 8:26 am

2-0, 2-1, 2-2, dan akhirnya layu dengan kekalahan 2-3
syabas malaya...amalkan selalu
Back to top Go down
Centrino
SDT The Legend
SDT The Legend
Centrino


Posts : 216
Mata Ganjaran : 5104
Reputasi : 6
Join date : 2011-07-03

Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain Empty
PostSubject: Re: Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain   Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain EmptyMon Nov 28, 2011 9:19 am

Selepas bungkus kempen Olimpik ni, bebudak ni akan dipulangkan kpd negeri masing-masing kan?
Back to top Go down
cendawan
SDT Otai
SDT Otai
cendawan


Posts : 165
Mata Ganjaran : 5595
Reputasi : 1
Join date : 2011-06-03

Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain Empty
PostSubject: Re: Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain   Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain EmptyMon Nov 28, 2011 11:24 am

macam suram jer nak sampai olimpik tahun depan.. Crying or Very sad
apa pun cuba lagi buat yang terbaik..
..MALAYSIA BOLEH..
Back to top Go down
zealot
SDT The Legend
SDT The Legend



Posts : 427
Mata Ganjaran : 5887
Reputasi : 2
Join date : 2011-05-03
Location : petaling jaya

Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain Empty
PostSubject: Re: Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain   Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain EmptyMon Nov 28, 2011 1:47 pm

bermain lwn 10 org dkat home leading 2-0 boleh kalah,xkan kemampuan kita hanya d asia tenggara je
Back to top Go down
nottypirates
SDT The Legend
SDT The Legend
nottypirates


Posts : 876
Mata Ganjaran : 6429
Reputasi : 5
Join date : 2011-04-30
Location : Serdang

Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain Empty
PostSubject: Re: Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain   Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain EmptyMon Nov 28, 2011 2:10 pm

unta padang pasir dtg ke tropika...harimau gagal membaham unta...hanya gigit buat seketika...
apakah daging unta tdak menepati selera harimau..???
hehehehe
Back to top Go down
strawhatcrew
SDT The Legend
SDT The Legend
strawhatcrew


Posts : 897
Mata Ganjaran : 5792
Reputasi : 6
Join date : 2011-07-19
Location : in your room

Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain Empty
PostSubject: Re: Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain   Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain EmptyMon Nov 28, 2011 6:42 pm

aku setuju ngn pendapat ko scar.. tp satu je aku nak tegur.. mahali jasuli la bro bkn mahali jusoh ehehe
Back to top Go down
http://www.justusboys.com/forum/
Sponsored content





Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain Empty
PostSubject: Re: Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain   Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain Empty

Back to top Go down
 
Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Malaysia vs Bahrain
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kelayakan Olimpik London 2011: Analisa Bahrain vs Malaya
» Kelayakan Piala Dunia: Malaysia vs Taiwan
» Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura
» PIALA MALAYSIA 2011
» Final Sukan SEA Indonesia vs Malaysia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: