MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Tukang tilik ramal Obama kalah

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Tukang tilik ramal Obama kalah Empty
PostSubject: Tukang tilik ramal Obama kalah   Tukang tilik ramal Obama kalah EmptyThu Jan 05, 2012 10:04 am

Tukang tilik ramal Obama kalah Du_02.1
BANDAR RAYA MEXICO - Seorang ahli nujum terkenal Mexico, Antonio
Vazquez meramalkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan
tewas pada pilihan raya Presiden 2012 dan dua lagi pemimpin negara
rantau Amerika Latin akan menghidap kanser, menurut ramalan tradisi
sempena Tahun Baru kelmarin .

Dikenali dengan gelaran Brujo Mayor, Vazquez membuat ramalan tersebut
pada satu upacara sihir di bandar Catemaco, timur laut Mexico.

Dia berkata, Presiden Venezuela, Hugo Chavez yang mendakwa telah sembuh
daripada kanser yang dihidapinya akan kembali menghidap penyakit
berkenaan dengan kali ini, keadaannya akan menjadi lebih teruk.

Selain Chavez, Presiden Argentina Cristina Kirchner, Presiden Brazil
Dilma Rousseff, bekas pemimpin Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dan
Fernando Lugo dari Paraguay Fernando turut disahkan menghidap kanser
sejak beberapa tahun lalu.

Pada bulan lalu, Chavez menyatakan bahawa wabak kanser dalam kalangan
pemimpin berhaluan kiri Amerika Latin berpunca daripada komplot jahat
AS.

Berjanggut putih panjang, Vazquez bagaimanapun mendakwa penyakit yang
dihidapi para pemimpin berkenaan berasal daripada sihir yang ditujukan
terhadap mereka.

Vazquez turut meramal parti politik tempatan, Parti Institusi Revolusi
(PRI) yang memerintah Mexico sejak lebih 70 tahun dahulu hingga tahun
2000 akan kembali berkuasa dengan calonnya, Enrique Pena Nieto akan
memenangi pilihan raya Presiden pada Julai depan.

Dia membuat semua ramalan itu berdasarkan tilikan kad tarot dan pemerhatian bintang-bintang.

Mendakwa tilikannya adalah 80 peratus tepat, Vazquez pada tahun lalu
pernah meramalkan nilai mata wang euro akan lemah dengan negara-negara
membangun kembali dihimpit kemelesetan ekonomi.

Beliau bagaimanapun tersilap apabila menilik bahawa seorang pemimpin Amerika Latin akan dibunuh pada tahun lalu.

Sementara itu, bekas Gabenor Negeri Massachusetts, Mitt Romney dan Rick
Santorum mendahului lima ahli politik Parti Republikan pada penggundian
awal di negeri Iowa bagi memilih calon Republikan pada pilihan raya
Presiden 2012 bagi menentang Obama daripada Parti Demokrat.

Selain Romney, ahli-ahli politik Republikan yang bertanding dalam
pemilihan tersebut ialah Ron Paul, Newt Gingrich Jon Huntsman, Rick
Perry dan seorang ahli politik wanita, Michele Bachmann. - Agensi


sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_02.htm
Back to top Go down
 
Tukang tilik ramal Obama kalah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Karathu ramal Kelantan juara
» Awek-Awek Tukang Sunat Laris Di Pasaran

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: