MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Karathu ramal Kelantan juara

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Karathu ramal Kelantan juara Empty
PostSubject: Karathu ramal Kelantan juara   Karathu ramal Kelantan juara EmptyFri Jan 06, 2012 4:15 am

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

Karathu ramal Kelantan juara Su_02.1
GHADDAR, tonggak import berbisa Kelantan musim ini.



“SAYA ramal Kelantan mampu menewaskan Negeri Sembilan seterusnya mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih tahun ini.”

Demikian ramalan bekas pengendali The Red Warriors (TRW) 2011, Datuk
M. Kara- thu menjelang pertemuan Kelantan dengan Negeri Sembilan dalam
saingan Piala Sumbangsih di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Beliau berkata, berdasarkan ramuan pemain yang dimiliki oleh TRW
musim ini, skuad bimbingan Peter Butler itu dilihat lebih ampuh
berbanding musim lalu dengan memiliki ramai pemain yang berkualiti.

“Saya lihat musim ini TRW mempunyai ramai pemain yang berkualiti dan
mampu menjaringkan gol. Ditambah pula dengan pemain sedia ada, Kelantan
mampu membentuk gandingan mantap di semua posisi.

“Kemasukan beberapa pemain berpengalaman seperti Indra Putra
Mahyuddin, Azizi Mat Rose, Nor Farhan Mohammad serta dua tonggak import
iaitu Mohammad Ghaddar dan Danny Antwi memberikan banyak pilihan kepada
ketua jurulatihnya Butler untuk merencanakan ramuan terbaik bagi
menghadapi Negeri Sembilan pada perlawanan Sumbangsih kelak,” katanya
ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, kemasukan pemain tersebut bakal mewujudkan persaingan
yang sihat dalam kalangan pemain seterusnya membantu membentuk sebuah
pasukan yang mantap.

Karathu memberitahu, penghijrahan beberapa tonggak utama Negeri
Sembilan ke pasukan lain musim ini dilihat memberi sedikit kele- bihan
kepada Kelantan.

“Begitupun kemampuan skuad bimbingan Mohd. Azrai Khor Abdullah itu
tidak boleh dipandang remah oleh Kelantan. Mereka pasti mempunyai
perancangan yang tersendiri untuk menghadapi perlawanan ini. Namun saya
percaya Kelantan juga ada ramuan untuk menghadapi lawan mereka itu yang
juga juara Piala Malaysia musim lalu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Karathu berkata, beliau sempat sempat menonton dua
aksi bekas pasukannya itu ketika menentang Persabaya baru-baru ini.

Menurutnya, berdasarkan pengamatannya sepanjang menyaksikan
perlawanan tersebut, Kelantan dilihat mampu mencabar pasukan lain dalam
saingan Liga Malaysia musim ini.

“Beraksi dengan lapan pemain dalam perlawanan pusingan pertama,
Kelantan masih mampu mempamerkan corak serangan dan tidak mudah hilang
fokus.

“Begitu juga dalam aksi kedua, walaupun beraksi di atas padang yang
tidak berapa baik, namun mereka masih mampu mempamerkan persembahan
yang bagus,” jelasnya
Back to top Go down
 
Karathu ramal Kelantan juara
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Juara Liga Super 2011
» Tukang tilik ramal Obama kalah
» Senarai Penuh Pemain Kelantan FA 2012
» Gambar Jersi Kelantan FA Musim 2012

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: