Salah satu fokus utama Google
melalui pelayar web Chrome mereka adalah kepantasan, selain daripada
sekuriti dan sebagainya. Dan hari ini, melalui
kemaskiniGoogle Chrome 17 Beta, mereka terus membawakan pelbagai penambahan
kepada pelayar web yang semakin meningkat popularitinya itu dari hari
ke hari.
Melalui Chrome Beta yang baru, ia membawakan sokongan untuk membuka
laman web dengan lebih pantas lagi. Chrome 17 Beta kini diintegrasikan
dengan sokongan baru, dimana ia membuka laman web ketika anda sedang
menaip URL pada bar alamatnya. Ia mungkin menggunakan teknologi yang
lebih kurang sama dengan Instant Search pada Google. Namun menurut
Google, melaluinya, sekiranya URL yang anda taip itu adalah salah satu
laman yang anda sering lawat, dan disokong dengan
auto-complete, maka Chrome akan mula membukanya sedikit demi sedikit dibahagian belakang, dan bersedia sebelum anda menekan butang Enter.
Pada masa yang sama, dari segi sekuriti pula, kini teknologi Google
diperluaskan, dimana ia bukan sekadar menyemak laman-laman yang
mengandungi virus dan sebagainya, tetapi turut menyemak muat-turun
anda, dimana ia kini boleh menyemak fail yang dimuat-turun oleh anda
untuk mengetahui samada adakah ianya mengandungi virus ataupun
sebaliknya. Namun begitu, sokongan ini hanya untuk fail-fail *exe dan
juga *msi sahaja buat masa ini.
Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh
memuat-turun Chrome 17 Beta daripada saluran rasmi Google, dan mula menggunakan pelbagia fungsi baru ini terlebih dahulu sebelum pengguna yang lain.