MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!

Go down 
5 posters
AuthorMessage
kogure
SDT Newbies
SDT Newbies



Posts : 23
Mata Ganjaran : 4639
Reputasi : 1
Join date : 2011-09-10
Age : 47

Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!! Empty
PostSubject: Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!   Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!! EmptyMon Oct 10, 2011 4:31 pm

KUALA LUMPUR – Orang ramai dan pengguna di negara ini perlu bersedia
dengan kemungkinan berlaku peningkatan harga barangan harian secara
mendadak dalam masa terdekat.

Ini berikutan pembentangan Bajet 2012 yang antaranya melibatkan kenaikan
gaji, imbuhan serta bonus tambahan kepada kakitangan awam di seluruh
negara, pada 7 Oktober lalu dijangka akan mendorong peniaga tamak
mengambil kesempatan menaikan harga barangan.

Bagi menghadapi kemungkinan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil langkah mewujudkan
Jawatankuasa Pemantauan Harga bagi mengekang kenaikan harga oleh
sebilangan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, pihaknya baru-baru ini menerima
satu sistem pesanan ringkas (sms) dari KPDNKK yang memaklumkan tentang
rancangan kementerian itu.

“Saya ada menerima sms dari pihak KPDNKK baru-baru ini mengenai
penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Harga itu dan PPIM komited bekerjasama
dengan Jawatankuasa tersebut.

“PPIM juga sudah mewar-warkan kepada semua aktivis-aktivis kami di
seluruh negara agar melipat gandakan pemantauan di tempat masing-masing
dan melaporkan sekiranya ada peniaga yang berani menaikkan harga
sewenang-wenangnya,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari
ini.

Kenaikan harga barangan pengguna adalah satu isu normal setiap kali
kerajaan mengumumkan pemberian bonus atau sebarang bentuk penyelarasan
gaji serta elaun di kalangan kakitangan awam.

Di Pahang umpamanya hari ini dilaporkan, peniaga dikesan menaikkan harga daging ayam sehingga RM10 sekilogram.

Tambah Tunku Azwil, sms tersebut yang dihantar oleh Pengarah Bahagian
Dasar dan Standard Kepenggunaan, Norashiken Ishak meminta semua
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan pengguna untuk
memberikan kerjasama dengan Jawatankuasa yang bakal ditubuhkan itu.

Tunku Azwil memaklumkan bahawa jawatankuasa yang akan dianggotai dari
wakil kementerian terbabit, NGO-NGO dan persatuan-persatuan pengguna itu
dijangka akan melakukan pemantauan harga di semua lokasi-lokasi
strategik yang dikenal pasti sama ada di dalam atau di luar bandar.

Berikut adalah kandungan sms dari KPDNKK yang dihantar kepada NGO-NGO pengguna di seluruh negara:

“Dengan pengumuman Bajet 2012, kenaikan gaji penjawat awam dll dijangka
akan mencetuskan kenaikan harga oleh peniaga yang tidak beretika.

“Sebagai tindakan proaktif, KPDNKK akan menubuhkan taskforce untuk
pemantauan harga dan pada masa yang sama kerjasama bersama NGO pengguna
dan rakan pengguna diperlukan dalam usaha kementerian dalam menangani
isu kenaikan harga dan keuntungan melampau.

“Pihak kami akan berhubung dengan persatuan pengguna dari masa ke semasa bagi maksud ini,”.

Presiden Persatuan Pengguna Air Keroh (PPAK), Safina Sulaiman berkata,
KPDNKK sewajarnya meningkatkan lagi pemantauan harga di seluruh negara
untuk mengekang kenaikan harga barang oleh peniaga-peniaga yang cuba
mengambil kesempatan.

“Memanglah KPDNKK seharusnya mempertingkatkan lagi pemantauan, bukan
sahaja di bandar malah diluar bandar demi mengelakkan kenaikan harga
barangan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab”, katanya kepada kami
melalui sms.
Back to top Go down
nottypirates
SDT The Legend
SDT The Legend
nottypirates


Posts : 876
Mata Ganjaran : 6219
Reputasi : 5
Join date : 2011-04-30
Location : Serdang

Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!! Empty
PostSubject: Re: Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!   Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!! EmptyMon Oct 10, 2011 4:42 pm

yg keje gomen, nek gaji...
yg keje swasta..??keje sndr..???
kalo keje kg plak...
kait buah klape ke...
wape sen je diorang dpt ats sbijik buah klape tu..da jd santan..br hrga jd tggi...
nk bli pisang bg upah kt beruk pn kene pikir dulu...
sian beruk..kene keje keras...hehehe
Back to top Go down
cougar11
SDT The Legend
SDT The Legend
cougar11


Posts : 1025
Mata Ganjaran : 216771
Reputasi : 16
Join date : 2011-05-05
Location : Langit Biru, Darat Hijau.

Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!! Empty
PostSubject: Re: Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!   Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!! EmptyTue Oct 11, 2011 4:52 am

jadi mari lah kite sama2..memangkah pembangkang...seelok2 yer parti pas or pkr...ajar sikit BN ni...makin hari makin teruk...diaorg ni lapar nk balun duit kerajaan...tgok jer lah brp byk kompany yg dipegang oleh khazanah diambil alih oleh kroni...mujur perodua tak bergabung dgn proton..kalau tdak hbs la duit kn sedut...air asia pn bakal mnjadi mngsa...
Back to top Go down
knizam2000
SDT Junior
SDT Junior



Posts : 53
Mata Ganjaran : 4670
Reputasi : 4
Join date : 2011-09-10

Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!! Empty
PostSubject: Re: Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!   Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!! EmptyTue Oct 11, 2011 12:14 pm

barang da start naik walhal gomen staf baru 1.3 juta, rakyat marhain ada lg 28 juta...brg naik dah di war2kan ...skrg bersiap sedia lah dgn jenayah2 yang akan timbul akibat dr desakan hidup...dan x mustahil kita akan mnjd spt negara jiran sblah...
Back to top Go down
strawhatcrew
SDT The Legend
SDT The Legend
strawhatcrew


Posts : 897
Mata Ganjaran : 5582
Reputasi : 6
Join date : 2011-07-19
Location : in your room

Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!! Empty
PostSubject: Re: Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!   Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!! EmptyTue Oct 11, 2011 2:53 pm

cougar11 wrote:
jadi mari lah kite sama2..memangkah pembangkang...seelok2 yer parti pas or pkr...ajar sikit BN ni...makin hari makin teruk...diaorg ni lapar nk balun duit kerajaan...tgok jer lah brp byk kompany yg dipegang oleh khazanah diambil alih oleh kroni...mujur perodua tak bergabung dgn proton..kalau tdak hbs la duit kn sedut...air asia pn bakal mnjadi mngsa...

aku sokong.. next election dorang kalah teruk la.. apa pon x bleh.. asik2 belanjawan bagi kenyang perot kroni je.. zzzz
Back to top Go down
http://www.justusboys.com/forum/
Sponsored content





Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!! Empty
PostSubject: Re: Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!   Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!! Empty

Back to top Go down
 
Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Barangan mangsa kapal Titanic dilelong April ini
» Episod Akhir Juvana Sebentar Lagi, Sudahkan Anda Bersedia?
»  Padah keluar dengan isteri rakan baik
» senarai 10 negara harga petrol termurah di dunia
» Rozita Che Wan Malu Berguling Dengan Shahir

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: