MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

  * Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Guest
Guest




    *  Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia Empty
PostSubject: * Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia       *  Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia EmptySat Dec 03, 2011 2:49 pm

    *  Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia 1-bg%20salam

    *  Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia Image

BIARPUN skuad
Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam
Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan
yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat
sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini.


Berdasarkan
maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati
Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas
meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.


Tambah manis,
dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik
sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun.


Karier
perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B
yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011.


Selepas itu,
kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil
Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya
Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.


Walhal, pada
saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada
kejohanan di Vietnam. Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi
membawa tuah apabila membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat
emas Sukan Sea dimenangi di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada
pertemuan berdepan Syria dan Bahrain.


Kini, namanya
meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi pemain yang lain. Namun harus
diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan penjagaan rapi daripada semua
pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain yang mendapat jolokan ‘Kaka
Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara publisiti yang melampau.


Malah, Kim Swee
sendiri melahirkan kerisauan terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan
peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak
Sukan Sea lalu.


Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia minggu ini:

1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)
2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)
3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)
4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)
5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)
6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)
7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)
8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)
9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)
10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca, 27 November 2011)





http://www.sinarharian.com.my/




Last edited by susulembu on Sat Dec 03, 2011 2:49 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
Guest
Guest




    *  Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia Empty
PostSubject: Re: * Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia       *  Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia EmptySat Dec 03, 2011 2:49 pm



cer cek kat website tu ramai yg vote gol nazmi neh best goal for the week kot..81% vote nazmi... http://www.101greatgoals.com/category/top-goals/
Back to top Go down
tebu
SDT Otai
SDT Otai
tebu


Posts : 144
Mata Ganjaran : 4694
Reputasi : 1
Join date : 2011-11-29
Location : MetroFulus

    *  Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia Empty
PostSubject: Re: * Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia       *  Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia EmptySat Dec 03, 2011 3:26 pm

komen2 kat video tu x bleh blah.....hahahaha siap ade fakri saarani...lawak giler siot
Back to top Go down
strawhatcrew
SDT The Legend
SDT The Legend
strawhatcrew


Posts : 897
Mata Ganjaran : 5582
Reputasi : 6
Join date : 2011-07-19
Location : in your room

    *  Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia Empty
PostSubject: Re: * Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia       *  Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia EmptySat Dec 03, 2011 5:31 pm

smpi masuk paper tu.. dulu gol aidil x da masuk pon.. hehe
Back to top Go down
http://www.justusboys.com/forum/
cougar11
SDT The Legend
SDT The Legend
cougar11


Posts : 1025
Mata Ganjaran : 216771
Reputasi : 16
Join date : 2011-05-05
Location : Langit Biru, Darat Hijau.

    *  Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia Empty
PostSubject: Re: * Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia       *  Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia EmptyFri Dec 09, 2011 4:24 am

mng la..nazmi baru 17tahun...snggup xambik spm semata2 nk main sukan sea n kelayakan olimpik...dh main bgus...byk hantaran jauh yg tepat..nazmi jga mampu mnggunakan kedua2 belah kaki tu...ada jgak mnyamakn nya dgn Cesc Fabregas tu...
Back to top Go down
Sponsored content





    *  Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia Empty
PostSubject: Re: * Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia       *  Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia Empty

Back to top Go down
 
* Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Iklan Terbaik (kaver line)
» Fakta Tentang Nazmi Faiz Mansor Yang Anda Perlu Tahu
» Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura
» Kelayakan Piala Dunia: Malaysia vs Taiwan
» Pak Uda @ Zami Ismail Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: