MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Lelaki Kanada masuk AS hanya guna iPad

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Lelaki Kanada masuk AS hanya guna iPad   Thu Jan 05, 2012 9:57 am



MONTPELIER (Vermont): Seorang lelaki Kanada dibenarkan masuk ke Amerika
Syarikat dengan hanya menunjukkan salinan pasportnya di dalam iPad.

Martin Reisch memandu dua setengah jam dari rumahnya di Montreal sebelum tiba-tiba menyedari dia tertinggal pasport di rumah.


Apabila tiba di sempadan, Reisch, 33, mencuba nasib dengan menunjukkan
salinan pasportnya yang memang ada disimpan dalam iPad kepada pegawai
bertugas di pintu sempadan.

Reisch mendakwa dia dalam perjalanan ke Vermont untuk menyerahkan hadiah Krismas kepada anak-anaknya di situ.


“Selepas memandu begitu jauh, apa salahnya saya mencuba nasib dengan
menunjukkan salinan pasport yang kebetulan ada dalam iPad,” katanya.


Menurut Reisch, pegawai imigresen AS meneliti salinan pasport itu
kira-kira lima minit sebelum mengucapkan selamat hari Krismas kepadanya.

“Walaupun masa itu agaki singkat, tapi saya rasa ia sangat lama,” katanya.


Menurut Reisch, dia benar-benar terlupa membawa pasport dan bukan sengaja mahu mencari masalah.

Malah, katanya, dia membawa bersamanya lesen memandu dan ditunjukkan kepada pegawai di sempadan.


Ekoran insiden itu, Reisch berkata, dia akan memastikan tidak lagi meninggalkan pasport di rumah ketika keluar.


Sejak 2009, warga Kanada perlu menunjukkan lebih daripada lesen memandu untuk masuk ke AS. - DM

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html


Back to top Go down
 
Lelaki Kanada masuk AS hanya guna iPad
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Stolen iPad
» 5 orang yang pertama masuk islam
» Anak Lidya Kandou masuk islam
» jatah surga untuk umat kristen hanya 144.000 orang
» cristiano ronaldo masuk islam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: