MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Pengajaran buat United

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Pengajaran buat United Empty
PostSubject: Pengajaran buat United   Pengajaran buat United EmptyFri Jan 06, 2012 4:11 am

LONDON: Newcastle membuatkan Manchester United menanggung kekalahan
Liga Perdana kali kedua berturut-turut semalam sekali gus memberikan
sedikit kelebihan cukup bermakna buat Manchester City dalam perebutan
kejuaraan.


Gol menerusi Demba Ba, Yohan Cabaye dan jaringan sendiri Phil Jones
menghadiahkan kemenangan 3-0 untuk Newcastle di St James Park yang
mengakibatkan United terlepas peluang berkongsi mata dengan City di
tangga teratas liga.

Kekalahan itu bermakna United yang
tumpas kepada Blackburn di Old Trafford pada aksi minggu lalu kini
ketinggalan tiga mata di belakang City selepas pendahulu liga itu
mengalahkan Liverpool 3-0 di Eastlands, kelmarin.





“Mereka memperoleh dua gol menarik yang meletakkan mereka dalam
kedudukan selesa dan sukar untuk dikalahkan,” kata pengurus United, Sir
Alex Ferguson.

“Kami mempunyai peluang dan kini City pula
yang memperoleh kelebihan. Kami biasanya tidak akan tewas dua
perlawanan berturut-turut tambahan pula kami mempunyai beberapa pemain
utama semula.

“Ia bukan masanya untuk menekan butang panik,
kami mempunyai pengalaman berdepan situasi sebegini. Kami perlu kembali
memperbaiki prestasi untuk meraih kemenangan semula.” Pada babak
pertama, kedua-dua pasukan mencipta peluang dengan tandukan penyerang
Dimitar Berbatov terkena tiang pada minit ke-15 manakala rayuan
Newcastle untuk mendapat sepakan penalti tidak diendahkan pengadil,
Howard Webb selepas Rio Ferdinand dijatuhkan oleh Ba.
Back to top Go down
 
Pengajaran buat United
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kisah budak penjual kuih(jadikan pengajaran)
» Namewee buat hal lagi
» Buat siasatan terperinci
» Red Devils Maniac
» SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA WARGA SDT

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: