MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta

Go down 
+4
crimson
antujahat
nottypirates
WM
8 posters
AuthorMessage
WM
WebMaster
WebMaster



Posts : 729
Mata Ganjaran : 419803
Reputasi : 31
Join date : 2011-04-26

Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta Empty
PostSubject: Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta   Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta EmptySun Jun 19, 2011 8:29 pm

Dipetik dari agendadaily

Apa punya mengarut ni

Setelah hari pertama yang muram, suasana di Dewan Rakyat pada Selasa jadi hangat sikit apabila Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit memberitahu kos bina dan urus enam Facebook untuk promosi Malaysia bernilai RM1.8 juta!


Katanya kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen DAP Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen BN Tangga Batu, Idris Haron yang mahu kementerian berkenaan menyatakan justifikasi terhadap perbelanjaan RM1.8 juta untuk penjenamaan menggunakan media sosial.


Ahli Parlimen BN Rembau, Khairy Jamaluddin, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran.


Khairy yang ditemui di lobi parlimen selepas itu berkata, jumlah itu tidak masuk akal langsung. “Saya rasa saya ada lebih ramai pengikut dalam Facebook dan Twitter. Timbalan Menteri kata kos RM1.8 juta itu untuk buat rekabentuk dan sebagainya.


“Rekabentuk apa? It’s a template design. Selepas itu dia kata ada flash application dan boleh main game. Buat apa? Saya rasa tak ada siapa nak main game. Kalau dia belanja untuk pengiklanan, saya puji, tapi takkan kos pengiklanan sampai RM1.8 juta!”


Khairy berkata dia tidak berpuashati dengan jawapan Dawos kerana Timbalan itu tidak memberikan butiran perbelanjaan secara terperinci. “Kalau dia tak bagi breakdown, kita pun tak tahu. Kita tolak penjelasannya, terutama mengenai Facebook yang tak masuk akal langsung.


“Apabila saya letak pendapat saya dalam Facebook dan Twitter, saya dapat maklumbalas segera. Semuanya menyokong pendapat saya dan tidak seorangpun yang mempertikaikannya.


“Ini memang pembaziran. Saya rasa sesiapapun boleh buat benda ini. Pegawai kementerian pelancongan pun boleh buat secara percuma. Ataupun kementerian boleh bagi upah kepadamereka untuk buat dalam RM1 ribu atau RM2 ribu sahaja.


“Ini adalah contoh pembaziran yang jelas. Saya harap Menteri Kewangan kawal dan pantau perbelanjaan Kementerian Pelancongan. Ia tak efektif dan mengarut.”


Dalam perkembangan lain Khairy berharap semua bentuk pengiklanan yang dibuat oleh Kementerian Pelancongan haruslah menggambarkan wajah Malaysia dengan menitikberatkan penggunaan bahasa kebangsaan.


“Lihatlah di negara lain seperti Korea dan Tokyo, semua pengiklanan menggunakan bahasa mereka, kecuali di papan arah yang menggunakan bahasa Inggeris,” kata Khairy yang bersetuju bahawa pandangan di Bukit Bintang, terutamanya tidak melambangkan wajah Malaysia.


Sementara itu Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,Hishamuddin Yahaya yang menghubungi Agendadaily menyuarakan rasa terkejut dengan kos yang begitu besar untuk pengendalian laman Facebook Kementerian Pelancongan.


Beliau yang turut memandang serius hal berkenaan menegaskan pihak kementerian berkenaan perlu berhemah dalam perbelanjaanya.


"Saya faham belanja untujk promosi pelancongan penting untuk negara...namun saya setuju memang tidak lojik kalau fikir belanja RM1.8 juta untuk pengendalian Facebook yang aplikasinya percuma itu,"katanya.


Hishamuddin berkata pihak SPRM perlu menyiasat jika didapati ada kong kalikong dalam pemberian kontrak pengendalian Facebook yang dimaksudkan.


Beliau tidak mahu kredibiliti kerajaan terjejas dengan isu pembaziran seperti ini.– 14/6/2011.- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

Back to top Go down
nottypirates
SDT The Legend
SDT The Legend
nottypirates


Posts : 876
Mata Ganjaran : 6219
Reputasi : 5
Join date : 2011-04-30
Location : Serdang

Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta Empty
PostSubject: Re: Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta   Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta EmptySun Jun 19, 2011 8:46 pm

1.8 juta..??
pas2 mula la xda duit..
baik byr gj pekerja..amek org keje..byr gaji..wape org dpt amik..wape lm dpt byr gj... confused
Back to top Go down
antujahat
SDT Senior
SDT Senior
antujahat


Posts : 82
Mata Ganjaran : 5289
Reputasi : 1
Join date : 2011-06-10

Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta Empty
PostSubject: Re: Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta   Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta EmptySun Jun 19, 2011 8:54 pm

1.8 juta? buat facebook baru ke ape nie?
Back to top Go down
crimson
SDT Newbies
SDT Newbies
crimson


Posts : 23
Mata Ganjaran : 5259
Reputasi : 0
Join date : 2011-05-04

Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta Empty
PostSubject: Re: Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta   Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta EmptyMon Jun 20, 2011 10:47 am

rasa2 nya dia ingat rakyat msia ni mcm org dok atas pokok kot..ikut suka hati dia jer
Back to top Go down
cendawan
SDT Otai
SDT Otai
cendawan


Posts : 165
Mata Ganjaran : 5385
Reputasi : 1
Join date : 2011-06-03

Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta Empty
PostSubject: Re: Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta   Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta EmptyMon Jun 20, 2011 11:02 am

mengarut giler diorg nie.. macam mana la rakyat nak percaya kat diorg.. tunggu PRU13 nie..
Back to top Go down
kakikorek
SDT The Legend
SDT The Legend
kakikorek


Posts : 213
Mata Ganjaran : 5515
Reputasi : 6
Join date : 2011-04-27
Location : kat Hotel

Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta Empty
PostSubject: Re: Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta   Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta EmptyMon Jun 20, 2011 6:00 pm

Lawak sengal la kementerian pelancongan ni..
kalau 1.8 juta nk bwk FL cun2 dr PRC ke, Timur Tengah ke,
Europe ke.. kira berbaloi gak untuk sesape yg sangap..
Back to top Go down
The Dark Knight
SDT The Legend
SDT The Legend
The Dark Knight


Posts : 775
Mata Ganjaran : 55661
Reputasi : 12
Join date : 2011-05-22
Age : 40
Location : Celah Boobs

Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta Empty
PostSubject: Re: Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta   Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta EmptyMon Jun 20, 2011 7:20 pm

kakikorek wrote:
Lawak sengal la kementerian pelancongan ni..
kalau 1.8 juta nk bwk FL cun2 dr PRC ke, Timur Tengah ke,
Europe ke.. kira berbaloi gak untuk sesape yg sangap..

Camner law wa undilu der jd malaysia pny menteri pelancongan...hahaahaahahhahahaa...t lu bleh bawak wa FL awek spanish utk sparring...hehheheh...
Back to top Go down
crimson
SDT Newbies
SDT Newbies
crimson


Posts : 23
Mata Ganjaran : 5259
Reputasi : 0
Join date : 2011-05-04

Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta Empty
PostSubject: Re: Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta   Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta EmptyMon Jun 20, 2011 7:30 pm

johnmatana wrote:
kakikorek wrote:
Lawak sengal la kementerian pelancongan ni..
kalau 1.8 juta nk bwk FL cun2 dr PRC ke, Timur Tengah ke,
Europe ke.. kira berbaloi gak untuk sesape yg sangap..

Camner law wa undilu der jd malaysia pny menteri pelancongan...hahaahaahahhahahaa...t lu bleh bawak wa FL awek spanish utk sparring...hehheheh...

kalau usul ini..confirm ko akan jd menteri pelancongan selamanya hehe..
Back to top Go down
stereo_love
SDT Otai
SDT Otai
stereo_love


Posts : 158
Mata Ganjaran : 5357
Reputasi : 5
Join date : 2011-06-07
Age : 39
Location : Kuala Lumpur

Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta Empty
PostSubject: Re: Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta   Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta EmptyWed Jun 22, 2011 12:10 am

lol.... 1.8 juta....
zzzz...
tgu pru-13 ni....
komfem tumbang....
tiada lagi pemerintahan kuku besi.... Laughing
Back to top Go down
Guest
Guest




Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta Empty
PostSubject: Re: Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta   Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta EmptyWed Jun 22, 2011 5:54 am

Hai Bro-bro,

rupa rupanya 1.8J ini bukan utk facebook semata mata, tapi utk kempen promosi pelancungan keseluruhan, yang mana facebook itu sebahagian darinya. Kan menteri Ah Yen maklumkan sudah.

Tukang buka citer kat paper tu malas nak siasat senang senang tembak. Aku bukan la nak support parti si Ah Yen tu, memang nak tukar kalau dah times up utk diaorang, tapi usah lah kita tuduh sembaranga n pak!
Back to top Go down
crimson
SDT Newbies
SDT Newbies
crimson


Posts : 23
Mata Ganjaran : 5259
Reputasi : 0
Join date : 2011-05-04

Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta Empty
PostSubject: Re: Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta   Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta EmptyWed Jun 22, 2011 9:22 am

biasa la..tuh.. berita kena sensasi sket..baru ada umph! anyway we'll see what will in coming PRU13..peace no war Very Happy
Back to top Go down
Sponsored content





Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta Empty
PostSubject: Re: Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta   Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta Empty

Back to top Go down
 
Laman Facebook Kementeriam Pelancongan RM 1.8 Juta
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Fan Facebook Scha Al-Yahya Lebih 1.1 Juta Orang!
» Ikan tuna gergasi dilelong RM2.3 juta
» Aakash Terima 1.4 juta Tempahan Dalam Seminggu
» Gaji PM Singapura RM5.31 juta
» Tourism Malaysia Membelanjakan RM1.8 Juta Untuk Kempen Sosial Atas Talian

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: