MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 ‘Tidak minat Kaka, Pato’

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: ‘Tidak minat Kaka, Pato’   Fri Jan 06, 2012 4:13 am

DUBAI: Jurulatih baru Paris Saint-Germain (PSG), Carlo Ancelotti
menafikan spekulasi mengenai hasrat pasukannya untuk mendapatkan pemain
perancang Real Madrid, Kaka dan penyerang AC Milan, Alexandre Pato.


Selasa lalu, sumber terdekat pemilik PSG, Qatar Sports Investments
(QSI) memberitahu AFP, kelab itu sudah menyediakan dana AS$80 juta
(RM251 juta) untuk mendapatkan dua bintang Brazil itu tapi Ancelotti
berkata, pendahulu Ligue 1 itu tidak pernah mengadakan perbincangan
dengan kedua-dua pemain terbabit.

“Pato pemain Milan,” kata
pengendali dari Itali itu yang sebelum ini pernah membimbing kedua-dua
pemain itu ketika menjadi jurulatih Milan.





“Dia masih terikat dengan kontrak dan sebab itu kami tidak berminat
mendapatkannya.” Mengenai Kaka pula, beliau menambah: “Buat masa ini,
tiada peluang untuk kami mendapatkannya. Ketika ini musim pintu
perpindahan pemain dibuka dan kami beritahu kelab untuk memperbaiki
pasukan sedia ada.” “Saya tidak mahu bercakap mengenai individu seperti
Pato atau Kaka yang masih terikat dengan kontrak. Kami akan berusaha
membeli beberapa pemain tapi dalam usaha kami mendapatkan pemain baru,
pihak kelab perlu sanggup menjual pemain sedia ada.” Ancelotti menerima
tamparan pada perlawanan pertamanya bersama PSG selepas anak buahnya
tewas 0-1 kepada Milan hasil jaringan tunggal Pato dalam satu
perlawanan persahabatan di Dubai.

Ketika ditemuramah selepas perlawanan, Pato menegaskan dia sangat gembira berada di San Siro.

“Setakat ini saya adalah pemain Milan dan hanya mahu berlatih bersungguh-sungguh untuk mengharungi musim ini,” katanya. - AFP
Back to top Go down
 
‘Tidak minat Kaka, Pato’
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 17 dalil bahwa tidak ada nabi baru setelah wafatnya Rasulullah
» kenapa banyak orang kristen yang tidak berani sunat? inilah argumen mereka
» mereka yang tidak mengakui adanya tuhan
» pengertian tidak boleh berlebihan dalam beragama
» kenapa Qur'an tidak disusun secara kronologis

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: