Facebook sering menguji dan memperkenalkan pelbagai perkara baru
pada laman sosial mereka, dan kini ianya kelihatan yang mana mereka
sedang dalam proses menguji dan memperkenalkan fungsi komen media pada
laman sosial terkemuka itu, membolehkan pautan yang ditinggalkan pada
kotak komen ditukar dan dipra-lihatkan terlebih dahulu.
Perkara ini berkemungkinan akan mengurangkan serba sebanyak spam,
dimana para pengguna boleh melihat pautan yang diperlihatkan dengan
mudah. Selain daripada itu, ianya juga mungkin adalah salah satu
strategi daripada Facebook untuk memastikan para pengguna lebih laman
menggunakan dan melayari laman web mereka, dan tidak meninggalkan laman
mereka itu dengan mudah.
Fungsi ini masih baru lagi, dan mungkin ianya sedang dalam bentuk
ujian, dan akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna.