Dengan pelancaran Windows 8 Beta
kepada umum yang disasarkan pada penghujung bulan Februari kelak,
Microsoft mula mengeluarkan sedikit demi sedikit informasi berkaitan
dengan Windows 8, dan hari ini, mereka telah pun
mengeluarkan video ringkas berkaitan dengan bagaimana untuk Refresh dan juga Reset komputer anda menggunakan Windows 8.
Seperti semua sedia maklum, melalui Windows 8 kelak, ia bakal
membawakan sokongan untuk kembalikan pemasangan dan sistem operasi anda
seperti pemasangan baru melalui fungsi Reset PC. Melaluinya, ia
membolehkan semua data peribadai dan perubahan tetapan pada komputer
diubah. Ianya merupakan alternatif pintas kepada memformat komputer
semula seperti sebelumnya, dan membolehkan sesiapa sahaja yang
melakukan Reset PC dengan pantas.
Selain daripada itu, Windows 8 juga dilihat membawakan sokongan
Refresh PC, dimana membolehkan para pengguna memasang semula Windows
mereka, namun pada masa yang sama menyimpan semua data peribadi dan
tetapan penting pada komputer dan sistem operasi mereka.
Kedua-dua fungsi ini juga sekaligus mungkin dapat mengatasi masalah
yang sering dihadapi oleh para pengguna Windows, yang mana gemar akan
memformat komputer mereka dan sebagainya.